Cerita macam ni dah selalu dengar. Tapi sewaktu kerja "mat despatch" dulu aku pun selalu "race" lagi best! Siang hari mencelah kat kereta yang sesak di Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, Buklit Bintang, Bulatan Jalan Gombak, Jalan Sentul dan bermacam nama jalan lagi. Almaklumlah, dah kojer menghantar surat. Nak Urgent jer. Yang best benda tak lah Urgent sangat, tapi dek kerana gian nak berlumba sapa cepat lepak kedai mamak, maka berlumbalah dijalanraya. Bab excident toksah cerita. Dah banyak kali. Masa "lap", masa jalan "jem", masa mencelah dan masa potong "que". PERINGATAN KEPADA SEMUA PEMANDU KERETA!! Perhatikan cermin sisi dan cermin belakang anda. Berkemungkinan mat-mat despatch ni ada disisi anda!!
Itu semua tak menjadi serik. Kenapa yer?? Agaknya sebab enjoy kot. Tapi memang betul, kerja panghantar surat ni enjoy. Bila "tension" naik motor bawak gila-gila. Lepas tu kasi jerit kuat-kuat sambil bawa laju-laju. Mana orang nak dgr. Helmet dah tutup muka. So sendirilah yang dengar. Hang tention dengan bos ka, dengan orang opis ka, dengan bini ka, dengan makwe ka atau apa-apalah yang membuatkan "bengang gila" kasi lepas jer bila naik motor. Nak lawan cakap bos tak boleh, so macam ni lah caranya.
Apa-apapun itu semua cerita lama. La ni dah tutup buku lama buka buku baru sebab dah tukar "Profesion" jadi petani pulak. Bila tengok tanah, cacing, burung, pokok, batu dan segala isi ruang yang masih ada nih terasa Maha Besar Pencipta itu. Di jadikanNya segalanya atas sesuatu yang tiada sesiapa jua makhluk yang dapat menyamaiNya. Subhanallah. Rasa diri ini amat kerdil jika dibandingkan dengan apa yang telah diberikan kepada diri ini tanpa minta untuk dibalas. Apakah mampu untuk diri ini menjadi Khalifah yang dikehendakiNya?? Apakah diri ini menjadi dikalangan hamba-hambaNya yang dikasihiNya?? Amatlah hinanya diri ini jika dibandingkan dengan batu, tanah, cacing, pokok dan segala alam yang diciptanya. Malu sungguh diri ini jika tidak mampu berbuat yang terbaik bagi menjadi KhalifahNya.Ya Rabb, Ampuni dosa-dosa ku ini......
No comments:
Post a Comment