Translate

Tuesday, May 24, 2011

Inilah sebabnya....

Firman Allah SWT: jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya).
Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi perintah supaya memuliakan anak yatim.

 Telah Allah memuliakan mereka dikala manusia sibuk hal-hal dunia yang melalaikan. Politik yang hanya mencari jalan mencari undinya yang mengakibatkan berhabis berjuta ringgit. Apalah salahnya jika duit itu disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim dan tahfiz sebegini. Manusia itu secara lazimnya hanya nampak apa yang ada dihadapan mata mereka sendiri. Kenikmatan ukhrawi tidak dipeduli, jika adapun hanya segelintir. Pernah diceritakan kepada ku, Jika sekolah-sekolah pondok /tahfiz mahu menerima bantuan dari kerajaan sebahagian dari kitab-kitab yang digunakan tidak boleh dimasukkan kedalam sistem pembelajaran disekolah. Sebabnya mahu memasukkan sistem kokurikulum yang lebih "utama". Apakah ini keadilan?
 Moga Allah menempatkan mereka dikalangan para solihin. Amatlah hiba diriku bila membaca kisah-kisah mereka. Rasa cemburu kepada mereka yang telah dijemput awal oleh Allah Ta'ala. Kebanyakkan mereka adalah mumayis lagi. Beruntunglah mereka yang telah dijemput awal, tidak perlulah mereka bersusah-payah lagi memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya dibumi ini. "Ya Allah Engkau cucurkan rahmatMu kepada mereka. Angkatlah serta tempatkan mereka bersama para solihin yang dikasihaniMu. Ampuni dosa kami jika kamim mengabaikan apa yang telah dipertanggugjawabkan keatas kami. Pimpinlah kami ini agar menjadi orang-orang yang dikasihani olehMu bukannya yang menjadi kemurkaanMu yang seterusnya tidak mendapat redha dariMu.Amin....Ya Rabbal Alamin". 
 Aku tidak hiran jika rumah-rumah anak yatim dibina seperti ini. Sebabnya bilamana diminta bantuan tidak diberi sepenuhnya. Yang dikatakan "Duit peruntukan tidak mencukupi" kebanyakkan rumah-rumah anak yatim dibina atas duit sendiri. Begitu jua sekolah-sekolah tahfiz yang kebanyakkannya jua tidak mendapat bantuan dari kerajaan. Sebabnya atas alasan yang remeh dari kerajaan. Tolonglah wahai pihak kerajaan ambil berat hal -hal anak yatim dan tahfiz jika mahu negara ini makmur. Usah perhabis banyak duit untuk undi tetapi kebajikan anak-anak yatim dan tahfiz serta sekolah-sekolah pondok terabai dek kerana tak sehaluan. INGAT!!! Dunia ini hanya sementara akhirat jua akan kekal abadi.

No comments: