Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku (untuk menarik perhatianku kepada perkara yang penting ini) lalu bersabda: "Hiduplah kamu di dunia ini seperti musafir atau sebagai orang yang sedang melintasi jalan". (HR Bukhari)
Translate
Saturday, May 21, 2011
Musafir Masa
Aku pedagang dari masa lepas yang datangku ini mencari dan menjual barangan daganganku. Dari mula ku belajar berdagang adalah dari orang yang rapat denganku. Kini diriku telah terlepas bebas dari jagaan dan tunjuk ajar mereka. Hampir 15 tahun ku pelajari segala ilmu dari mereka, namun ia bukanlah suatu yang mudah. Namun ilmu itu tidaklah ku perolehi secukupnya, maka menjadi kewajipan keatas diri ini mencari ilmu dagangan itu. Kini aku mulakan langkah daganganku sedikit demi sedikit. Dikala barangan dagangan itu ku jualkan ada juga ku perolehi ada juga yang kerugian. Namun perlunya ku berusaha menjualkan barangan dagangan ku itu untuk ku bawa pulang hasilnya nanti. Tetapi untung rugi bargantunnya pada masa yang diperuntukkan untuk berdagang. Bermula dagangan dari 19sen, kini telah mencecah 32sen semakin hari semakin bertambah. Tetapi apakah yang akan dibawa balik sebagai bukti yang diriku ini pernah berdagang di tempat ini. Apakah yang dibawa balik itu mempunyai nilai yang tinggi setelah ditimbangkan.Moga dapatlah dibawa balik sesuatu yang amat berharga yang mempunyai nilai yang tidak akan dapat ditukarkan gantinya lagi. Mungkin bilamana disini dapatlah diganti dari apa yang mempunyai kerosakkan,bagaimana pula nanti jika barangan itu telah diberi kepada Ketua Yang Berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment