Translate

Saturday, May 21, 2011

Memang DIA Maha Berkuasa.....

Hari ni jadi "supir" bagi ibuku, membawanya serta kakak iparku ke hospital serdang. Aduh....tempat yang paling aku malas nak pergi......bukan apa sebab rasa sebak bila ada kat hospital. Melihat segala manusia yang berada disana membuat hati ini sayu, akibat daripada segala musibah yang Allah berikan kepada segala hambanya. Inilah ujian mereka. Bagaimana pula diri ini nanti??? Hari ini bila berada di wad kecemasan lagi menambahkan hiba di tambahkan pula dengan anak buah yang dihantar ke sini disebabkan sakit kuning. Bilamana masuk saja ke Wad NUIC lihat anak-anak kecil membuatkan hati ini hiba terhadap mereka. Moga ujian yang diberikan kepada kelaurga mereka akan menjadikan lebih tabah dalam segalanya.Melihat wayar, mesin dan segalanya menjadikan diri ini lebih bersyukur atas segala nikmatNya. Apalah yang ada pada diri ini jika DIA tidak memperdulikan segalanya. Setiap manusia ada bahagian yang telah,akan dan pasti diterima. Ini semua tidak dapat dielakkan kerana telah tertulis sejak azali lagi. Cuma manusia itu tidak menyedari apa yang berlaku pada diri sehinggalah ianya terjadi. Ada bersyukur dan ada jua yang menyalahkan takdir Illahi. Apakah mahu menjadi manusia yang lupa diri, lupa kepada ciptaan Illahi. Maka kembalilah sebelum musafir masa itu sampai ke titik noktahnya.

No comments: