Translate

Saturday, May 28, 2011

Palestine.....Will Be Free....

Ya..bila lagi Palestine Will Be Free...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ini adalah satu ketetapan yang mungkin Allah mahu kita mengambil iktibar. Iktibar yang mana perlu diperbetulkan. Tiada siapa yang mahu hidup dalam keadaan kucar-kacir disamping keadaan yang menyukarkan. Inilah peranan yang dibawa oleh mereka yang memperjuankan tanah air kelahiran mereka di Palestine. Kita jua perlulah membantu sedaya upaya kepada saudara seagama kita. Biarpun mereka berlainan bangsa, atas satu agama, satu akidah, satu matlamat dan atas nama Tuhan Yang Satu (Allah hu Rabbi). Usahlah kita menyalahkan masyarakat sekeliling mereka yang tersekat oleh kerana perjanjian yang dilakukan pada Perang 1967 (Perang Arab-Yahudi), tapi perlulah kita mengambil pendekatan yang mendekatkan kita kepada saudara kita. Kapal yang dihantar membawa bekalan masih jua belum dapat memasuki perairan Gaza. Sebabnya adalah ancaman dari "Zionis".
Mohonlah kita padaNya dengan berkat doa yang ikhlas Insya'allah, DIA akan membantu dengan bantuan yang tidak kita ketahui. Mungkin jua kerana keikhlasan kita berdoa akan mendatangkan bencana kepada "Zionis". Itu semua atas kehendakNya. "Allah Hu Akhbar".Yang penting ikhlaskan dalam berdoa. Mesir dibawah pemerintahan yang baru telah membuka sempadan Gazanya.
Wanita tua, kanak-kanak bawah 12 tahun serta lelaki yang berumur atas 40 tahun dibenarkan melintasi sempadan Gaza tanpa perlu mendapatkan Visa. Satu perkembangan yang bagus. Tetapi apakah akan berkekalan?? Allah Maha Mengetahu. Ingin saja diri ini melawat ke Baitulmaqdis. Mungkinkah dapat pergi kesana?? Insya'allah dengan izinnya sekiranya DIA kehendaki tiada siapa yang dapat menghalang. Moga dapatlah nanti suatu hari umat Islam diseluruh dunia menziarahi Baitulmaqdis. INSYA'ALLAH.........





Friday, May 27, 2011

Musafir Lalu

Aku musafir lalu
Mencari arah tempat dituju
Membawa bekalan yang ada dibahu
Begitu jua yang ada di Qalbu.

Apa mungkin dapat ku tuju
Kearah tempat yang satu
Arah semua yang akan disatu
Arah semua bekalan disatu.


Masa itu cepat berlalu
Namun bekalan masih jua begitu
Masih adakah lagi waktu
Agar bekalan itu dapat bersatu
Dalam masa yang tidak menentu
Bekalan mesti jua dicatu
Di catu agar menjadi padu.

Tuesday, May 24, 2011

Inilah sebabnya....

Firman Allah SWT: jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya).
Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi perintah supaya memuliakan anak yatim.

 Telah Allah memuliakan mereka dikala manusia sibuk hal-hal dunia yang melalaikan. Politik yang hanya mencari jalan mencari undinya yang mengakibatkan berhabis berjuta ringgit. Apalah salahnya jika duit itu disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim dan tahfiz sebegini. Manusia itu secara lazimnya hanya nampak apa yang ada dihadapan mata mereka sendiri. Kenikmatan ukhrawi tidak dipeduli, jika adapun hanya segelintir. Pernah diceritakan kepada ku, Jika sekolah-sekolah pondok /tahfiz mahu menerima bantuan dari kerajaan sebahagian dari kitab-kitab yang digunakan tidak boleh dimasukkan kedalam sistem pembelajaran disekolah. Sebabnya mahu memasukkan sistem kokurikulum yang lebih "utama". Apakah ini keadilan?
 Moga Allah menempatkan mereka dikalangan para solihin. Amatlah hiba diriku bila membaca kisah-kisah mereka. Rasa cemburu kepada mereka yang telah dijemput awal oleh Allah Ta'ala. Kebanyakkan mereka adalah mumayis lagi. Beruntunglah mereka yang telah dijemput awal, tidak perlulah mereka bersusah-payah lagi memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya dibumi ini. "Ya Allah Engkau cucurkan rahmatMu kepada mereka. Angkatlah serta tempatkan mereka bersama para solihin yang dikasihaniMu. Ampuni dosa kami jika kamim mengabaikan apa yang telah dipertanggugjawabkan keatas kami. Pimpinlah kami ini agar menjadi orang-orang yang dikasihani olehMu bukannya yang menjadi kemurkaanMu yang seterusnya tidak mendapat redha dariMu.Amin....Ya Rabbal Alamin". 
 Aku tidak hiran jika rumah-rumah anak yatim dibina seperti ini. Sebabnya bilamana diminta bantuan tidak diberi sepenuhnya. Yang dikatakan "Duit peruntukan tidak mencukupi" kebanyakkan rumah-rumah anak yatim dibina atas duit sendiri. Begitu jua sekolah-sekolah tahfiz yang kebanyakkannya jua tidak mendapat bantuan dari kerajaan. Sebabnya atas alasan yang remeh dari kerajaan. Tolonglah wahai pihak kerajaan ambil berat hal -hal anak yatim dan tahfiz jika mahu negara ini makmur. Usah perhabis banyak duit untuk undi tetapi kebajikan anak-anak yatim dan tahfiz serta sekolah-sekolah pondok terabai dek kerana tak sehaluan. INGAT!!! Dunia ini hanya sementara akhirat jua akan kekal abadi.

Saturday, May 21, 2011

Musafir Masa

Aku pedagang dari masa lepas yang datangku ini mencari dan menjual barangan daganganku. Dari mula ku belajar berdagang adalah dari orang yang rapat denganku. Kini diriku telah terlepas bebas dari jagaan dan tunjuk ajar mereka. Hampir 15 tahun ku pelajari segala ilmu dari mereka, namun ia bukanlah suatu yang mudah. Namun ilmu itu tidaklah ku perolehi secukupnya, maka menjadi kewajipan keatas diri ini mencari ilmu dagangan itu. Kini aku mulakan langkah daganganku sedikit demi sedikit. Dikala barangan dagangan itu ku jualkan ada juga ku perolehi ada juga yang kerugian. Namun perlunya ku berusaha menjualkan barangan dagangan ku itu untuk ku bawa pulang hasilnya nanti. Tetapi untung rugi bargantunnya pada masa yang diperuntukkan untuk berdagang. Bermula dagangan dari 19sen, kini telah mencecah 32sen semakin hari semakin bertambah. Tetapi apakah yang akan dibawa balik sebagai bukti yang diriku ini pernah berdagang di tempat ini. Apakah yang dibawa balik itu mempunyai nilai yang tinggi setelah ditimbangkan.Moga dapatlah dibawa balik sesuatu yang amat berharga yang mempunyai nilai yang tidak akan dapat ditukarkan gantinya lagi. Mungkin bilamana disini dapatlah diganti dari apa yang mempunyai kerosakkan,bagaimana pula nanti jika barangan itu telah diberi kepada Ketua Yang Berkuasa.

Memang DIA Maha Berkuasa.....

Hari ni jadi "supir" bagi ibuku, membawanya serta kakak iparku ke hospital serdang. Aduh....tempat yang paling aku malas nak pergi......bukan apa sebab rasa sebak bila ada kat hospital. Melihat segala manusia yang berada disana membuat hati ini sayu, akibat daripada segala musibah yang Allah berikan kepada segala hambanya. Inilah ujian mereka. Bagaimana pula diri ini nanti??? Hari ini bila berada di wad kecemasan lagi menambahkan hiba di tambahkan pula dengan anak buah yang dihantar ke sini disebabkan sakit kuning. Bilamana masuk saja ke Wad NUIC lihat anak-anak kecil membuatkan hati ini hiba terhadap mereka. Moga ujian yang diberikan kepada kelaurga mereka akan menjadikan lebih tabah dalam segalanya.Melihat wayar, mesin dan segalanya menjadikan diri ini lebih bersyukur atas segala nikmatNya. Apalah yang ada pada diri ini jika DIA tidak memperdulikan segalanya. Setiap manusia ada bahagian yang telah,akan dan pasti diterima. Ini semua tidak dapat dielakkan kerana telah tertulis sejak azali lagi. Cuma manusia itu tidak menyedari apa yang berlaku pada diri sehinggalah ianya terjadi. Ada bersyukur dan ada jua yang menyalahkan takdir Illahi. Apakah mahu menjadi manusia yang lupa diri, lupa kepada ciptaan Illahi. Maka kembalilah sebelum musafir masa itu sampai ke titik noktahnya.

Thursday, May 19, 2011

Kelawar lagi......

Semalam jadi kelawar lagi....tp kali ni dengan geng lain. Semalam kena jaga post dengan seorang ustaz yang bekerja di FRU. Masa ni lah aku nak korek berbagai cerita. Tapi sayang tak dapat banyak cuma sekecil sahaja sebab masa cemburui kami.

Pagi tadi berbagai topik diajukan kepada ustaz tersebut. Yang ditanya tentang masalah yang melanda Negara Malaysia serta dunia. Wahai pembaca sekelian, ingatlah bahawa keganasan yang melanda dinegara kita serata di serata dunia adalah hasil kerja tangan kita sendiri. Perhatikan sahaja di Malaysia ini, pemimpinnya adalah Umat Islam, agama rasmi adalah Agama Islam, Raja-raja adalah Umat Islam, rakyatnya pula adalah kebanyakkan Penganut agama Islam. Tetapi yang menjalankan hukum adalah menggunakan hukum bukan Islam. Jadi disebabkan inilah mengapa Allah Ta'ala menghantarkan pelbagai kes keatas kita semua. ZINA, ROMPAKAN, PEMBUNUHAN serta bermacam lagi. Bukankah Islam telah mengajarkan bagaimana untuk mengatasi masalah jenayah tersebut? Mengapa Malaysia yang pemimpinnya tidak menggunakan kaedah tersebut, malah mengguna pakai kaedah yang dibuat oleh barat seperti rumah perlindungan, baby hatch dan bermacam lagi. Jika hukum ditegakkan maka tertolaklah segala musibah yang melanda.

Bangkitlah wahai saudaraku, hidup ini bukan atas tiket keduniaan semata-mata tetapi atas memakmurkan bumiNya. Ustaz tu memberi contoh, bila hukum Qisas pembunuhan akan dibalas dengan bunuh dan sekiranya keluarga si mati tidak mahu melakukan hukuman tersebut maka perlu dibayar denda. Dendanya berupa pembayaran sebanyak 100 ekor unta pada nilai terkini. Hutang tersebut hendaklah dibayar dalam masa satu tahun. Si penjenayah jika tidak mampu membayar dalam masa yang ditetapkan maka hendaklah dia berkhidmat dengan keluarga mangsa selama yang keluarga mangsa berpuashati. Ya.....inilah keadilan.

Kes Memali yang berlaku sekitar tahun 1985, mereka itu semua yang terbunuh adalah syahid sebabnya bukti telah Allah tunjukkan kepada mayat-mayat mereka. Bilamana mayat dibawa ke Hospital dan dimasukkan ke bilik mayat dan diletakkan di dalam peti sejuk beku, darah mereka masih lagi keluar, badan mereka masih lagi panas, peluh masih lagi didahi mereka. Inilah bukti Kebesaran Allah Ta'ala. Mereka ini memperjuangkan agar hukum Allah ditegakkan. Tanpa ada rasa takut kepada pemerintah. Sebaliknya mereka ini dituduh ajaran sesat oleh kerajaan Malaysia yang di terajui oleh Mantan PM. Ahli masjis fatwa negeri Kedah tidak berani mengeluarkan pendapat sebalinya mengikut kata telunjuk Mantan PM. Sedangkan Mufti-mufti negeri Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan beberapa negeri lagi telah menyatakan bahawa mereka mati syahid. Hanya selepas ahli majlis fatwa meletak jawatan baru mereka menceritakan hal sebenar.

Tuan guru yang mati syahid itu pernah memegang  di Jabatan Kerajaan di Malaysia. Beliau meletakkan jawatan apabila merasakan terkilan kerana permintaan untuk mewujudkan hukum Allah tidak dilaksanakan oleh PEMERINTAH. Amatlah rugi kita masa kini yang kehilangan seorang guru yang sememangnya bercita-cita mati syahid.
Beliau pernah menyatakan bahawa;
"Allah memasukkan seseorang kedalam syuga itu dengan 4 golongan.
Golongan1.Para Nabi, yang ini tidak dapat dicapai kerana Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir.
Golongan 2 Para siddiqin, yang ini amatlah sukar kerana keadaan masyarakta masa kini yang kurang amanah, ini kerana masa kini untuk tidak menipu adalah mustahil. Dalam Islam jangan ada sebarang penipuan pun dilakukan hatta kepada ahli keluarga dengan berkata "kalau adik berpuasa ayah akan bagi duit"perlulah amanah itu ditunaikan semenjak akhil baligh lagi.
Golongan 3 syuhada adalah golongan orang yang mati syahid.
Golongan ke 4 golongan solihin.Golongan ini jika diamati sebenar-benar amatlah sukar. Dalam masyarakat kini telah banyak maksiat berlaku sehingga didalam rumahpun berlakunya maksiat sebagai contoh tv dirumah."

Maka didalam setiap doa yang beliau lafazkan tidak kira dimana beliau berada tidak lepas dari mulut beliau perkataan Syahid. Maka Allah menerima permohonan mereka yang benar-benar ikhlas kepadaNya. Moga roh mereka berada didalam rahmatNya. Al-fatihan.....

Sunday, May 15, 2011

Suatu ketika...

Rempit adalah dari kata-kata budak-budak motor yang asalnya adalah REMP IT iaitu Remp the troutle. So jadilah mat rempit sebabnya mereka ni suka remp bunyi motor yang "asik telinga dengar". Inilah budaya Masyarakat Malaysia. Racing motosikal ni dah lama berlaku, sebelum zaman ni pun ada gak. Masa zaman Vespa pun ada gak race. Pernah ada satu "Otai" (Old Timer) kata zaman mereka pun ada lumba motosikal. Tapi tak lah seganas mereka zaman sekarang ni. Zaman la ni mereka kebanyakkan mahu menunjuk-nunjuk kepada orang terutama kepada minah-minah yang mereka nak pikat. Ada juga mereka ni yang dibawah pengaruh alkohol dan dadah. Ni memang tak nafikan. Banyak juga yang menemui ajal semasa berlumba dibawah pengaruh "menatang" tuh! Apa tidaknya nak jadi hero jalanraya kenalah berani. Kalau tak kena "menatang" tuh rasa takut-takut nak ambik selekoh tajam seperti Parlimen, Bukit Tunku, Ulu Yam, Bukit Putus, Bukit Tangga dan bermacam-macam bukit lagi. Alahai..... last-last pi bukit batu dua.

Cerita macam ni dah selalu dengar. Tapi sewaktu kerja "mat despatch" dulu aku pun selalu "race" lagi best! Siang hari mencelah kat kereta yang sesak di Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, Buklit Bintang, Bulatan Jalan Gombak, Jalan Sentul dan bermacam nama jalan lagi. Almaklumlah, dah kojer menghantar surat. Nak Urgent jer. Yang best benda tak lah Urgent sangat, tapi dek kerana gian nak berlumba sapa cepat lepak kedai mamak, maka berlumbalah dijalanraya. Bab excident toksah cerita. Dah banyak kali. Masa "lap", masa jalan "jem", masa mencelah dan masa potong "que". PERINGATAN KEPADA SEMUA PEMANDU KERETA!! Perhatikan cermin sisi dan cermin belakang anda. Berkemungkinan mat-mat despatch ni ada disisi anda!!

Itu semua tak menjadi serik. Kenapa yer?? Agaknya sebab enjoy kot. Tapi memang betul, kerja panghantar surat ni enjoy. Bila "tension" naik motor bawak gila-gila. Lepas tu kasi jerit kuat-kuat sambil bawa laju-laju. Mana orang nak dgr. Helmet dah tutup muka. So sendirilah yang dengar. Hang tention dengan bos ka, dengan orang opis ka, dengan bini ka, dengan makwe ka atau apa-apalah yang membuatkan "bengang gila" kasi lepas jer bila naik motor. Nak lawan cakap bos tak boleh, so macam ni lah caranya.

Apa-apapun itu semua cerita lama. La ni dah tutup buku lama buka buku baru sebab dah tukar "Profesion" jadi petani pulak. Bila tengok tanah, cacing, burung, pokok, batu dan segala isi ruang yang masih ada nih terasa Maha Besar Pencipta itu. Di jadikanNya segalanya atas sesuatu yang tiada sesiapa jua makhluk yang dapat menyamaiNya. Subhanallah. Rasa diri ini amat kerdil jika dibandingkan dengan apa yang telah diberikan kepada diri ini tanpa minta untuk dibalas. Apakah mampu untuk diri ini menjadi Khalifah yang dikehendakiNya?? Apakah diri ini menjadi dikalangan hamba-hambaNya yang dikasihiNya?? Amatlah hinanya diri ini jika dibandingkan dengan batu, tanah, cacing, pokok dan segala alam yang diciptanya. Malu sungguh diri ini jika tidak mampu berbuat yang terbaik bagi menjadi KhalifahNya.
Ya Rabb, Ampuni dosa-dosa ku ini......

Wednesday, May 11, 2011

" O " Dermalah Darah.

Blood "O" is blood for everyone to use it.....Free....
But it's only receive "O" type only....
Why?
Nobody know's....only ALLAH wanna to be like tht....
Mmm.....it's like this person very generous and very "choosing person"






 Semalam derma darah lagi kali ke 23. Bagi yang mengatakan menderma boleh mengemukkan....Mitos.... dermalah....kerana ia juga satu sedekah....tidaklah rugi...malah badan akan menjadi lebih sihat... insya'allah semua atas izinNya.

Tuesday, May 10, 2011

Masa lalu....

Lama dulu dibiarkan berlalu,
tanpa mengira segala waktu,
diambil,dibuang,dicampak berlaku,
tanpa dikira masa berlalu.

Kini terlepas segala waktu,
Ingin kembali tidak mungkin berlaku,
Kenangan lalu sejarah dahulu,
Terpahat memori masa nan lalu.

Merintih sepi didalam,
Mencari jalan yang terpadam,
Mencari kedamaian Pencipta Alam,
Agar kedamaian tidak terpadam.

Monday, May 2, 2011

Bukannya aku.....

Alam itu indah tercipta,
Datang dari Maha Pencipta,
Tiada kata yang dapat merungkainya,
Sujud bersyukur sebagai tanda.

Tapi manusia lupa dan alpa,
Jalan mereka yang ditempuh jua,
Apakah mereka kan pasti jua,
Jalan bagaimana untuk bertemu Yang Maha Pencipta.

Akal berfungsi bagai sementara,
Melihat keluasan yang tidak terkira,
Mampukah wahai sekelian hamba,
Menjadikan yang sebegini rupa.  

Sunday, May 1, 2011

Bukan Semudah Itu

Hidup ini ada pasang surutnya. Adakala ianya naik mencapai kemuncak, adakala ianya jatuh menjunam, adakala ianya mendatar. Hidup ini adalah satu cabaran dan dugaan. Harus bagaimana lagi yang perlu dilakukan untuk mencapai erti hidup yang disyariatka oleh Islam, jika tidak dilakukan dengan rasa tunduk dan patuh kepadaNya. Apakah akan mencapai erti tujuan sebenar hidup ini jika dilakukan dengan sesuka hati tanpa mengira batasan kehidupan. Maka jika dilakukan jua ianya sama seperti makhluk yang tidak mempunyai akal fikiran.
Dugaan itu mengajar erti kehidupan ini yang mana manusia itu diciptakan oleh Allah Ta'ala dengan nafsu agar ianya menjadi "sebaik-baik" kejadian. Tetapi apakah manusia itu dapat menggunakan nafsu itu dengan sebaik-baiknya. Hanya akal yang berfungsi disamping keimanan kepada Allah Ta'ala yang dapat membantu menjinakkan peranan nafsu yang selalu mengingini sesuatu yang berada di luar "kotak" kehidupan.