Translate

Tuesday, August 9, 2011

14 Tuntutan kebebasan

Pertama,
 seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam.


Kedua
orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang.


Ketiga
sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
Keempat,

tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim.


Kelima
Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

Keenam,
 

pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak. 


Ketujuh, kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. 


Kelapan,
orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).
Kesembilan,

orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam. 


Kesepuluh, 
bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum. 


Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam. 


Keduabelas
Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Ketigabelas,
 

orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam.


Keempat belas,
Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).

Ringkasnya, belumpun tertubuh kementerian atau badan yang dicadangkan,
sebahagian besar 14 permintaan mereka telah terlaksana

Apa lagi yang mereka mahu kalau bukan untuk menjadikan negara ini sebagai medan gerakan mereka kerana kebebasan sebegini tidak lagi terdapat di negara lain. Kerajaan Malaysia yang sedia ada sudah begitu baik dalam menjaga hak bukan Islam sehingga menenggelam agama rasmi negara. Rumah ibadat bukan Islam sudah melebihi 100,000 buah berbanding 20,000 surau dan masjid, sedangkan bilangan mereka kurang daripada 50 peratus. 
Apa lagi yang kita mahu?