Translate

Saturday, August 27, 2011

Bon Voyage

Selamat tinggal ya Ramadan....ahlan wa sahlan ya aidul fitri..... maka dimanakah akan kita letakkan Ramadan yang penuh barakah ini?? Kian sepi malam-malam terakhir Ramadan. Sungguh masyarakat kini kian alpa dan leka dengan "Raya" apakah penting raya dari mencari redhaNya??

Apakah raya itu menginsafkan diri....ketahuilah wahai sahabatku, raya itu bukanlah untuk bersuka ria yang melampau cukuplah dengan menyukuri nikmat yang DIA beri apakah akan kembali atas perjalanan yang sama sebelum puasa....atau bermulanya puasa mendidik hati dan qalbu itu untuk lebih mendekatkan diri pada Yang Esa??? 

Maka ketahuilah jika masih berada dilandasan yang "sama" sebelum Ramadan tanpa ada sebarang perubahan kearah yang lebih baik, menunjukkan amalan yang dilakukan tidaklah diterima. Pintalah keampunan padaNya agar diberikan taufiq dan hidayah agar menjadi lebih baik dari yang dulu....cukup-cukuplah atas kejahilan diri dalam beribadat dan beribadah padaNya. 

Tinggalkan perkara-perkara yang boleh menjauhkan diri padaNya. Tarbiahlah diri agar menjadi insan yang berguna....ketahuilah wahai sahabatku, amalan yang ikhlas sahaja yang dapat melalui ketujuh pintu langit dan hadir di hadapanNya. Apakah amalan kita diterima??? fikir-fikirkanlah wahai saudara seagamaku.....wallahualam

p.s raya bagiku hanya 2 hari bukan sebulan... :)

No comments: