Sebelum luput ingatan ini, baik ku tuliskan apa yang dapat ku ingat dari hadis yang dibacakan. Moga menjadi iktibar bagi yang membaca.
Kata beliau akan datang suatu hari pada hari kiamat kelak sewaktu di Padang Masyhar, sedang berhimpun segala manusia yang masing-masing tunggu akan dipanggil mengadap bersama kitab catatan amal masing-masing. Dikala itu semuanya hanya memikirkan perihal diri sendiri. Sedangkan Syurga Neraka terletak tersedia untuk menerima tetamu-tetamu yang dikhaskan. Maka sewaktu manusia sedang sibuk memikirkan perihal diri, Allah Ta'ala telah memanggil salah seorang dari kalangan manusia yang berhimpun itu. Allah Ta'ala memberikan 99 gelung himpunan amal orang itu. 1 himpunan amalnya sepanjang luas mata memandang(selagi boleh dilihat) dan Allah Ta'ala menanyakan kepadanyadan memerintahkan ianya dibaca. Kemudian Allah Ta'ala bertanya kepadanya "Adakah semua itu benar"?. Maka dijawab oleh manusia itu, Benar! dan Allah Ta'ala bertanya lagi "Adakah apa-apa yang dapat membantu kamu meringankan amal kamu itu?" Maka manusia yang menundukkan kepalanya (yakni pengakuan bersalah) itu berkata tidak ada apa yang dapat membantu meringankan amal-amal itu. Maka Allah Ta'ala bertanya lagi; "Adakah sesiapa yang dapat membantumu meringankan amal-amalmu itu?" Maka dijawab manusia itu, "Tidak ada." Maka Allah Ta'ala memberikan secebis kertas kepada manusia itu, supaya ditimbangkan di neraca timbangan amal. sedang manusia itu bertanya "apakah secebis kertas ini dapat meringankan amal-amalku". Diambilnya kertas itu dan ditimbangkan keneraca timbangan amal. Maka "Beratlah kertas itu" meringankan amal-amal buruk manusia itu. Maka Allah Ta'ala berkata:" Secebis kertas yang tertulis kalimah
Laillaha illallah adalah lebih berat dari segala amal-amal itu".
Wahai sahabat-sahabatku, ketahuilah bahawa kalimah Allah itu adalah lebih mulia dari diri kita yang hina ini serta lebih mulia dan hebatnya jika dibandingkan dengan seisi alam ini. Maka tetapkanlah pendirian agar senantiasa berada dibawah naungan
"Laillaha illallah". Moga kita mendapat RedhaNya pada masa tiada apa yang dapat membantu diri kita ini. Wallahualam.........
No comments:
Post a Comment