Assalamualaikum,
Akhir-akhir ini telah banyak yang berlaku di negara kita kes-kes yang diluar jangkaan. Seolah-olah ingin menguji tahap keselamatan dinegara ini. Apakah benar ianya mengenai keselamatan?
Gejala culik dan membunuh anak-anak semakin menjadi-jadi pada masa kini. Dahulu kes-kes sebegini adalah kecil dan tidak meluas malah hampir tiada berlaku. Mengapa kini semakin menjadi-jadi? Seingat penulis sewaktu masih kecil untuk bermain-main diluar kawasan dari rumah tidak begitu membimbangkan akan keselamatan diri malah merasa seronok untuk bermain bersama-sama rakan-rakan di luar rumah. Kini anak-anak seakan-akan tidak boleh untuk mengenal kebebasan bermain. Dahulu untuk berbasikal sejauh 5km dari rumah pun tidak mengapa kini untuk 500meter pun sudah merisaukan. Ini adalah disebabkan gejala yang membimbangkan masyarakat kini dengan kes-kes penculikkan. Dari satu masalah ke satu masalah yang sama seolah-oleh seperti yang dirancang. Sememangnya inilah apa yang Allah S.W.T meletakkan rasa kegerunan manusia terhadap manusia bukan kepada Maha Pencipta. Manusia kini lebih takut kepada manusia akibat kes-kes yang manusia itu sendiri ciptakan bukan yang Maha Pencipta yang menciptakan. Akibat dari gelora hawa nafsu maka manusia akan bertindak diluar batasan demi untuk hiburan dunia semata-mata.
Anak-anak itu adalah amanah dariNya untuk dijaga oleh pasangan suami dan isteri. Didikan sempurna perlulah berlaku dirumah dengan ibubapa perlulah menunjukkan sikap-sikap yang disarankan oleh Islam sepertimana dengan mengikuti sunnah dan ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w dan yang tertulis dalam Al-Quran. Begitu jua penguasa yang memerintah negara perlulah menjalankan apa yang disarankan seperti yang termaktub didalam kitab Al-Quran tanpa ada sebarang keraguan. Apa yang berlaku ini adalah sebahagian dari bala yang DIA turunkan kepada manusia khususnya Umat Islam dinegara ini agar dapat berfikir akan kekuasaanNya. Tidak mustahil bagiNya untuk mendatangkan bala-bala yang lebih teruk dari ini.
Penzinaan,pembunuhan,penculikkan, rompakkan, serta berbagai lagi musibah yang melanda adalah hasil dari manusia itu sendiri yang tidak mahu mengikut ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah dan Al-Quran. Semua ini boleh dicegah dengan melakukan hukuman HUDUD keatas pesalah yang melakukan kesalahan. Akan DIAmencampakkan rasa kegerunan kepada hukumanNya daripada kegerunan kepada manusia seperti mana kita rasa gerun pada masalah-masalah yang melanda.
Mahu bagaimana lagi Umat Islam dinegara ini untuk sedar akan kekuasaanNya. Kini tiada jalan lagi untuk mencegah kes-kes sebegini melainkan dengan melaksanakan Hukum HUDUD dengan segera!
Petikan tulisan dibawah ini diambil hampir setahun yang lepas pada 2011/06/30 di Berita Harian ditulis oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi seorang Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin .
"Saidina Umar al-Khattab yang pernah menulis surat pekeliling untuk dikirimkan kepada semua gabenornya dengan katanya: “Wahai gabenor sekalian! Sesungguhnya tugas paling penting pada pandanganku ialah mendirikan solat.
Oleh itu, sesiapa yang tidak mendirikan solat seperti sepatutnya, maka dia adalah orang yang tidak dipercayai. Sesiapa yang mendirikan solat dengan sebaik-baiknya, maka dia sudah memelihara agamanya. Dan sesiapa yang mensia-siakan ibadat solat bermakna dia telah mensia-siakan urusan lainnya.”
Demikianlah keyakinan Saidina Umar al-Khattab bahawa kecurangan, kezaliman, kemunduran, kekalahan, kemelesetan ekonomi dan sebagainya mempunyai sebab musabab yang saling berkaitan. Hujung pangkal keadaan musibah menimpa umat Islam itu kerana lemahnya iman malas beribadat."
Petikan ini ada benarnya membenarkan apa yang berlaku pada masa kini. Segalanya telah terjadi akibat umat Islam itu sendiri yang lemah imanya untuk beribadat kepadaNya. Semakin hari semakin banyak umat Islam yang tidak melakukan solat. Semakin hari jua semakin banyak hiburan yang melalaikan disajikan kepada anak-anak muda. Maka semakin lalailah umat Islam itu keatas tuntutan yang dituntut keatas mereka. Sememangnya Kufar itu talah berjaya menjadikan umat Islam itu meninggalkan suruhanNya.
Marilah wahai umat Islam kita kembali kepada ajaranNya dan mengikut Undang-undang yang termaktub didalam kitabNya. Moga-moga dengan kembalinya keatas jalanNya akan terhindarlah dari segala bencana kepada umat Islam khususnya.
Wallahualam.
p/s panduan mendidik anak mengikut cara Islam http://drmarzuki.wordpress.com/2011/06/13/11-renungan-buat-ibu-bapa-yang-mempunyai-anak-kecil/

No comments:
Post a Comment