Translate

Wednesday, February 1, 2012

Israel Banjirkan Gaza Dengan Dadah



Israel Banjirkan Gaza Dengan Dadah



26 Januari 2012 - Sememangnya usaha jahat rejim Israel tidak akan berhenti selagimana mereka masih lagi wujud diatas muka bumi ini, laman sesawang "Al Majd" melaporkan, pihak keselamatan di Semenanjung Gaza berjaya menangkap beberapa pengedar dadah beberapa bulan lepas yang dilihat mempunyai hasrat membanjirkan Gaza dengan racun putih itu bersama egen rejim Israel.

Laporan tersebut dikeluarkan semalam, Rabu 2012/1/25, pihak keselamatan Gaza berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah ke Gaza di beberapa tempat terutamanya melalui sempadan yang menghubungkan Gaza dengan Israel, serta merampas dadah yang disorok dalam kenderaan perdagangan yang memasuki sempadan.

Sumber itu menjelaskan bahawa dadah itu dihantar melalui beberapa pembekal dari rejim Israel terutamanya melalui bandar Bi'r Saba' dan yang menarik juga kejayaan mereka menggagalkan beberapa cubaan menyeludup dadah dari Israel ke Gaza melalui terowong di Mesir.

Rancangan untuk mengepam sejumlah besar dadah ke Gaza adalah strategik yang disengajakan oleh Israel untuk melihat Gaza dibanjiri dengan dadah setelah mereka gagal dalam serangan melalui media dan ketenteraan.

Kebanyakkan pembekal yang lari ke Israel adalah rakyat Palestin yang diberi gaji secara tetap oleh perkhidmatan perisikan Israel.
Sumber: Felesteen   |   Terjemahan: Abumohd 
(Admin)


http://amanpalestin.net/

No comments: