Translate

Tuesday, January 31, 2012

Perjuangan hak asasi ibarat agama baru


Perjuangan hak asasi ibarat agama baru


BANGI, 27 Januari – Perjuangan hak asasi manusia (human rights) sudah menjadi satu gagasan seperti agama baru kepada manusia di zaman moden ini sehingga prinsip-prinsip hak asasi mengikut acuan dan pemikiran pendokong-pendokongnya perlu dipatuhi, kata Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Tuan Haji Mahamad Naser Disa.
Menurut beliau, hak asasi manusia pada hari ini telah disalaherti hak kebebasannya sehingga tidak menghormati batas-batas tertentu yang perlu dijaga, bahkan melampaui kehendak dan ajaran agama.
Mahamad Naser menyatakan bahawa Islam sendiri menekankan hak asasi manusia, namun ia perlu mempunyai batas-batas tertentu.
Pelbagai pertubuhan telah ditubuhkan seperti Human Rights Watch dan suruhanjaya yang dikenali sebagai Human Right Council di bawah PBB untuk memantau pematuhan hak asasi manusia di mana Malaysia diwakili oleh SUHAKAM.
Mahamad Naser berkata, laporan Human Rights Watch (HRW) menggambarkan prestasi Malaysia tidak begitu baik ekoran daripada beberapa kes yang tidak selari dengan hak asasi manusia.
Hal ini menggambarkan HRW tidak menghormati perlembagaan yang telah ditetapkan di negara kita, ujar beliau.
“Apa yang mereka nak buat sebenarnya ialah mengheret dan menarik kita untuk meninggalkan agama. Tapi kita tak perlu tunduk kepada mereka kerana kita ada perlembagaan yang berdaulat.
“Kita tak perlu peduli desakan mereka, tapi perlu bersedia untuk berhadapan dengan penilaian-penilaian negatif, kerana memang agenda mereka untuk membebaskan kita dari pegangan agama sedangkan negara kita menghendaki kita berpegang kepada agama,” katanya.

No comments: