RM 50 Sungguh benar mahal tiket perlawanan akhir. Tetapi begitu ramai jua yang datang malah sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala Malaysia yang diadakan di Stadium Utama Shah Alam. Hampir memenuhi segala pelusuk ruang stadium utama menyaksikan
"Penyu Vs Rusa".
Penyu menangis, kembali ke lautan sepi kerna trofi dibawa lari sang rusa yang gagah sekali.
Namun apakah yang mereka tonton? Hanyalah golekkan bola yang disumbat ke gawang GOL.
Sayang seribu kali sayang dari jauh datangnya habis berbelanja tetapi bukan atas nama ISLAM. Hanyalah atas nama pasukan permainan kegemaran yang di cipta oleh YAHUDI Sungguh licik perancangan YAHUDI sehingga ramai Umat Islam terpedaya dengan agenda mereka. Ya....YAHUDI telah berjaya untuk membuatkan Umat Islam leka pada amalan Junjungan Nabi Muhammad s.a.w agar Umat Islam tidak terlalu leka dengan dunia. Lihatlah bagaimana majoriti yang hadir adalah Melayu yang tercatat di dalam IC beragama Islam.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."
Sahabat bertanya,
"Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab,
"Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Hadith Riwayat Muslim)
Inilah fenomena akhir zaman di mana duniawi diberi perhatian dan diambil berat.
Di Stadium ini jualah pada tanggal 22 Oktober 2011 yang lalu diadakan HIMPUN sempena memperjuankan akidah Umat Islam. Tetapi adakah ianya seramai yang hadir pada perlwanan akhir?
Pihak KUFAR senantiasa akan memastikan Umat Islam tidak melaksanakan ajaran Islam dan sentiasa lalai. Tetapi adakah Umat Islam mutakhir ini telah sedar?? Dengarlah ucapan dari Presiden ISMA http://www.ismaweb.net/v4/
Dengarlah bait-bait doa munajat yang di doakan oleh Hassan Ali.
Amat mendukacitakan kerana Umat Islam tidak bersatu hati didalam menegakkan Syiar Islam di muka bumi Malaysia ini. Maka tidak hairanlah akidah Umat Islam terjejas akibat dipesongkan oleh pihak KUFAR kerna Umat Islam itu sendir yang tidak menunjukkan minat terhadap bersatunya ukhwah sesama islam.
tidakkan mereka pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, waktu mudamu sebelum tuamu, waktu sihatmu sebelum sakitmu, waktu kayamu sebelum miskinmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu dan waktu hidupmu sebelum matimu
(Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak,
dinilai sahih oleh al-Hakim dan al-Albani)
dan lagi sabda baginda
"Seorang mukmin itu adalah cermin kepada seorang mukmin yang lain dan mereka adalah bersaudara, di samping menjaga barangan mereka yang hilang serta mempertahankan mereka". -
-Riwayat Abu Daud-
Firman-Nya :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah)".
(HR Tabrani)
No comments:
Post a Comment