Translate

Tuesday, June 21, 2011

Ingat Wahai Wanita



Pandangan lelaki yang bernafsu.....
  • "Perghhh.....cuba ko tengok pompuan tu....pakai ketat giler...ko tengok badan dia....montok....."
  • "Woi...woi....woii.....ko tengok...iklan....."
  • "Kejap....kejap....ada iklan lalu.........(sambil melihat)......ha....apa ko kata tadi....(sambung borak)...
  • "....kalaulah minah ni jadi aweks aku....kan best...leh kasi buntang(jeles) mata orang lain..."
  • "Pergggghhhh.....ko tengok minah ni tertongek atas motor....mana tak geram...."
  • (dalam hati)....Kalaulah aku dapat minah ni..........abis.....
dan berbagai ungkapan yang selalu didengari bila mana sang lelaki-lelaki yang melepak di kaki lima kedai mamak, shopping mall dll. Ini semua disebabkan sang "Perempuan" itu yang tidak menjaga batas-batas aurat diri mereka sehinggakan diri mereka itu menjadi bahan tontonan umum. Maka itu lah fitnah mata dan fitnah hati. Ketahuilah ada terdapat satu kajian yang dilakukan  seorang doktor  di Singapura bersama  ulama. Mereka membuat kesimpulan iaitu terjadinya penyakit barah Buah dada adalah disebabkan "ain" atau pandangan jahat mata lelaki yang ajnabi terhadap wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan mengikut syariat Islam.
Wallahualam....tapi ada benarnya juga.



Pandangan mata+hati + baik/buruk+ perkataan ? = baik/buruk. Maka bilamana perkataan dikeluarkan adalah buruk maka yang menjadikan penyebabnya jua akan menerima tohmahan tersebut.
Lelaki yang bernafsu jenis ini akan memandang wanita di dua bahagian...
  1. Bahagian muka
  2. Bahagian dada
Maka berhati-hatilah kaum wanita sekelian. Anda diperhatikan oleh"Lelaki Yang Bernafsu". Bukankah rahsia tubuh badan itu hanya milik tontonan si suami sahaja.
Tetapi bila mana seorang Muslimah yang bertutup litup....kata mereka....
  • "Ha macam ni lah yang mak aku suruh cari..."
  • "Aduhai sejuk mata mak aku bila bermenantukan begini..."
  • "Bahagialah sapa dapat si dia tu..."
dan bermacam perkataan yang baik....

Bukankah Al-Quran juga telah menerangkan bahawa "Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik."
Maka adalah fitrah Allah Ta'ala yang menentukan sedemikian rupa. Manusia seharusnyalah mencari pasangan itu kerana AGAMANYA... bukan mengikutkan hawa nafsu semata.
INGAT!!!
Tidak semua yang cantik akan kekal, tidak semua yang kaya akan kekal, tidak semua kedudukan/pangkat akan kekal. Yang kekal adalah AGAMA. Maka persiapkan diri dengan agama secukupnya untuk mencari yang beragama dan pintalah kepadaNya agar diberikan taufiq dan hidayah agar kekal di dalam AgamaNya.
Sememangnya pihak KUFAR sengaja menjual fesyen yang mendedahkan aurat serta yang ketat. Maka apakah kalian tidak berfikir?? Gunakan akal yang Allah Ta'ala berikan kepada kalian usah mengikut kehendak orang ikutlah kehendak Allah Ta'ala nescaya selamat dunia akhirat. Insya'allah...Aminnn....


Ingatlah wahai wanita !!
Kucing tidak pernah melupakan Ikan

No comments: