Translate

Thursday, June 30, 2011

Ya Rasulullah....



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

Wednesday, June 29, 2011

Kampung #33


Selamat tinggal Lot 32 kini aku meneruskan perjalanan musafirku. Dari perniagaan yang ku lakukan di Lot 32 sehingga aku meneruskan perjalanan sehinggalah ke kampung #33. Aku berharap di kampung ini urusan dapat diselesaikan dan dapat membawa pulang barangan dagang yang terbaik untuk TUANKU. DIA menunggu daku dengan bekalan yang terbaik. Apakah dapat ku perolehi hasil dagangan yang terbaik. Moga-moga yang terbaiklah dapat ku perolehi.

Penjualan di Lot33 hanyalah sebanyak 33 sen. Peningkatan yang kurang memberangsangkan. Moga-moga penghijrahan ke kampung#34 memberikan pulangan yang memuaskan. Inilah perjalanan yang terpaksa dilakukan saban hari saban waktu.

Tuesday, June 21, 2011

Ingat Wahai Wanita



Pandangan lelaki yang bernafsu.....
  • "Perghhh.....cuba ko tengok pompuan tu....pakai ketat giler...ko tengok badan dia....montok....."
  • "Woi...woi....woii.....ko tengok...iklan....."
  • "Kejap....kejap....ada iklan lalu.........(sambil melihat)......ha....apa ko kata tadi....(sambung borak)...
  • "....kalaulah minah ni jadi aweks aku....kan best...leh kasi buntang(jeles) mata orang lain..."
  • "Pergggghhhh.....ko tengok minah ni tertongek atas motor....mana tak geram...."
  • (dalam hati)....Kalaulah aku dapat minah ni..........abis.....
dan berbagai ungkapan yang selalu didengari bila mana sang lelaki-lelaki yang melepak di kaki lima kedai mamak, shopping mall dll. Ini semua disebabkan sang "Perempuan" itu yang tidak menjaga batas-batas aurat diri mereka sehinggakan diri mereka itu menjadi bahan tontonan umum. Maka itu lah fitnah mata dan fitnah hati. Ketahuilah ada terdapat satu kajian yang dilakukan  seorang doktor  di Singapura bersama  ulama. Mereka membuat kesimpulan iaitu terjadinya penyakit barah Buah dada adalah disebabkan "ain" atau pandangan jahat mata lelaki yang ajnabi terhadap wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan mengikut syariat Islam.
Wallahualam....tapi ada benarnya juga.



Pandangan mata+hati + baik/buruk+ perkataan ? = baik/buruk. Maka bilamana perkataan dikeluarkan adalah buruk maka yang menjadikan penyebabnya jua akan menerima tohmahan tersebut.
Lelaki yang bernafsu jenis ini akan memandang wanita di dua bahagian...
  1. Bahagian muka
  2. Bahagian dada
Maka berhati-hatilah kaum wanita sekelian. Anda diperhatikan oleh"Lelaki Yang Bernafsu". Bukankah rahsia tubuh badan itu hanya milik tontonan si suami sahaja.
Tetapi bila mana seorang Muslimah yang bertutup litup....kata mereka....
  • "Ha macam ni lah yang mak aku suruh cari..."
  • "Aduhai sejuk mata mak aku bila bermenantukan begini..."
  • "Bahagialah sapa dapat si dia tu..."
dan bermacam perkataan yang baik....

Bukankah Al-Quran juga telah menerangkan bahawa "Wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik."
Maka adalah fitrah Allah Ta'ala yang menentukan sedemikian rupa. Manusia seharusnyalah mencari pasangan itu kerana AGAMANYA... bukan mengikutkan hawa nafsu semata.
INGAT!!!
Tidak semua yang cantik akan kekal, tidak semua yang kaya akan kekal, tidak semua kedudukan/pangkat akan kekal. Yang kekal adalah AGAMA. Maka persiapkan diri dengan agama secukupnya untuk mencari yang beragama dan pintalah kepadaNya agar diberikan taufiq dan hidayah agar kekal di dalam AgamaNya.
Sememangnya pihak KUFAR sengaja menjual fesyen yang mendedahkan aurat serta yang ketat. Maka apakah kalian tidak berfikir?? Gunakan akal yang Allah Ta'ala berikan kepada kalian usah mengikut kehendak orang ikutlah kehendak Allah Ta'ala nescaya selamat dunia akhirat. Insya'allah...Aminnn....


Ingatlah wahai wanita !!
Kucing tidak pernah melupakan Ikan

Subhanallah....

 Memang DIA Maha Berkuasa.
Lihatlah  selama ini aku petik limau pernah pula jumpa beluncas macam nih.... :-) 
Inilah rahsia alam. bilamana bekerja dengan alam akan DIA tunjukkan apa yang DIA berkuasa.

"Ya Rabb tidaklah diketahui sehingga Engkau menunjukkan kekuasaan Mu.Maha Suci Engkau Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri,yang Maha Menentukan segala kejadian, yang Maha Membentuk segala yang tidak diketahui.Setiap tumbuhan dan haiwan ciptaanMu adalah penetuan dariMu. Begitu jua kitaran hidup makhluk-makhlukMu. Kami adalah hambaMu yang kerdil lagi tidak terdaya melainkan dengan izin dariMu. Ya Rabb bersyukurku pada segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku selama ini. Dari mula ciptaanku ke dunia ini sehinggalah kini, Engkau tidak meminta agar dipulangkan apa yang telah Engkau berikan. Ya Rabb setiap kejadian yang Engkau ciptakan dan Engkau berikan kepada makhlukMu semuanya telah ditentukan. Maka ku sekali lagi bersyukur dan bersukur padaMu Ya Rabb. Ku pohonkan padaMu agar janganlah dilalaikan hati ini dari keduniaan yang akan melalaikan diri ini. Segala ciptaanMu ini ada kitaran hidup dan matinya. Biarlah matinya diriku nanti atas jalan dan mendapat Redha dariMu.Ku Mengharap RedhaMu Ya Rabb....."


Tuesday, June 14, 2011

U my Fren.....

F-faithfull, familiar,flamboyant & fun
R-rowdy, reliable,rarely outdone
I-impressive,impulsive,impossibly truthful
E-eager,expressive,eternally youthful
N-nurturing,newfound excitement together
D-daring,dynamic,devoted forever
that's FRIEND
 :)

Usah khuatir wahai sahabat
Dunia ini bukanlah bertempat
Tapi hanya tempat melawat
Seketika cuma kita melawat.

Bila dipanggil kita kan pergi
Pergi menemui Rabb yang Kekal Abadi
Usah khuatir akan diri
Khuatirkan cuma bekalan nanti

Apakah dikiri atau kanan
Tempat kekal diakhir zaman?

Fikirkan itu amatlah perlu
Agar dirimu menjadi penentu
Penentu tempat yang bakal dituju
Dengan bekalan yang digalas dibahu.

Selangkah meningkat umurmu itu
Kasih pada Rabbmu perlulah selalu
Dugaan hidup memang berlaku
Cuma datangnya tidaklah tahu.