Translate

Wednesday, November 9, 2011

Apakah semula jadi atau andaian sahaja??

Pernahkah terfikir andai sesuatu persoalan itu sedang berfikirkan sesuatu begitu....begini.....tetapi tiba-tiba ianya berlaku dengan tanpa diduga, bukannya datang dari diri sendiri tetapi dari sahabat sekeliling dan bahan bacaan atau dari tenaga pengajar. 
Sedangkan jawapan yang diterimanya kebanyakkan adalah sama/hampir serupa.
 Mungkin itu adalah jawapan yang DIA berikan kepada kita untuk kita menilainya kerna DIA tidaklah dapat memberikan jawapan yang terus kepada makhlukNya akan tetapi ia diberikan dalam bentuk yang dapat makhlukNya mudah untuk terima. Begitu jualah dalam hal-hal agama. Telah disampaikan kepada kita dalam bentuk lisan dan tulisan oleh KekasihNya untuk kita menggunakan dalam kehidupan seharian akan tetapi dapatkah kita menggunakkannya seandai diri kita ini penuh dengan kehendak duniawi yang tiada nilainya disisiNya. 
Apakah nafsu yang DIA ciptakan untuk mahlukNya yang menguasai kita yang membuatkan kita lalai dan alpa untuk mengingati akan kehidupan yang kekal abadi?
Carilah jalanNya, maka DIA akan ketemukan "mereka-mereka" yang selandasan dengan jalanNya. Pintalah padaNya agar senantiasa berada dijalanNya bukan dijalan yang DIA murka.



Tuesday, November 8, 2011

Lelaki Kacak??


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'